Tuesday, June 26, 2012

Cerita Resdung Saya

Assalammualaikum

Hari ni saya nak bercerita pasal 'RESDUNG'.

Hohoo...saya dengan penyakit resdung atau senang cakap selsema ni memang dah jadi macam adik beradik.
Hidung saya sangat sensitif. Panas sangat pun saya boleh bersin. Sejuk sangat pun saya boleh bersin. Lepas tu saya tak boleh kalau orang kibas-kibas selimut ke cadar ke depan muka saya. Oh pleasee....memang tak lama lepas tu start la terbersin-bersin.

Lepas tu saya tak boleh bersin lebih dari 3 kali. Kalau bersin lebih 3 kali memang selamat la jawabnya.
Disebabkan itu jugak la, saya dengan tisu adalah kawan baik. Sampaikan kat sekolah dulu, kalau kawan-kawan nak guna tisu, sure carik saya. Sampai saya dapat nickname Miss Tissue.

2 tahun lepas kot, saya kene selsema lama sangat...berminggu-minggu tak baik-baik. Akak cubicle sebelah yang sama-sama resdung pun dah naik risau. Takut selsema saya menjangkit ke dia. Yela, dah la dia pun resdung. Hehehe..cam lawak pulak bila ingat balik. 

Saya ingat lagi pagi tu kat office, saya memang dah tak tahan, kepala rasa dah cenoneng ni sebab selsema teruk sangat. Sesiapa yang resdung dia fahamla macam mana rasanya selsema orang resdung ni. Lain tau..tak sama macam orang normal kene selsema.

Saya pegi jumpa boss mintak keluar kejap, saya kata nak pegi klinik. Mesti anda semua terfikir kenapa saya tak pegi klinik awal-awal dan biarkan ajer selsema tu melarat berminggu-minggu kan? Yang sebenarnya saya dah malas pegi klinik sebab ubat selsema biasa tu memang takde apa-apa effect kat saya. Macam-macam jenis ubat selsema yang saya dah makan, yela dah berpuluh tahun resdung, kalo timbang berkilo dah agaknya ubat selsema dalam badan saya ni.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Lepas dapat permission boss, saya pun pergi klinik. Jalan kaki tu pegi klinik. Nak kata dekat takla dekat sangat tapi takla jauh sangat. Malas nak drive, kang pening mana nak parking. Keje kat tengah-tengah KL, paham-paham jelah.

Sampai klinik, doktor tu dok tanya saya macam-macam. Dia suluh lubang hidung saya dengan torchlight. Pastu dia tenung saya. Pastu dia amik medical book dia yang tebal tu. Dia selak sana selak sini, baca sket-sket. Tup tup dia kata, dia nampak ada something dalam hidung saya, dan kemungkinan ianya adalah ketumbuhan dan kalau dibiarkan .... (malas nak tulis, paham-paham jela). Saya terkejut tahap beruk dah masa tu, niat asal nak mintak MC terus lupa. Terkejut punya pasal.

Balik ofis, officemate dok tanya doktor cakap apa. Saya cakap la doktor tu kata saya ada ketumbuhan dalam hidung. Habis tercengang sorang-sorang. Pastu jumpa boss amik cuti emergency.

Akhirnya selsema saya baik jugakla sebab doktor tadi tu ada bagi ubat selsema yang kuat. Saya pun tak pernah tengok ubat tu sebelum ni. Makan sekali terus baik, power betol ubat tu. Heheee..
Yang citer ketumbuhan tu sebenarnya tak benar pun, apa yang doktor tu nampak ialah 'nasal polyps'.
Nak tau apa, sila google :-)

Ok, baru-baru ni saya kene selsema jugak tapi saya taknak makan ubat selsema sebab saya breastfeeding. 
Saya bergantung kepada supplement Shaklee yang saya memang consume hari-hari tu sahaja.
Alhamdulillah, masuk hari ke-2, saya dah tak bersin lagi dan hingus pun dah tak meleleh lagi. First time ever selsema baik tanpa makan ubat selsema ni :-))

Nak tau apa yang saya ambil?

Saya ambil Vitamin C, Alfalfa dan B Complex = SET RESDUNG SHAKLEE


Untuk membeli Set Resdung Shaklee, anda ada 2 cara pilihan :

1) Membuat pembelian online secara terus dengan Shaklee Malaysia. Pembayaran dengan kad kredit atau kad debit >> BUY SET RESDUNG NOW

atau 

2) Anda sebaiknya menghubungi saya untuk pembelian dengan Harga Promosi,

Whatsapp/ Telegram : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins


* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...