Monday, July 2, 2012

Faedah Menurukan Berat Badan

Pesakit obesiti memiliki risiko yang tinggi untuk meninggal dunia, selalunya disebabkan oleh diabetes, penyakit jantung koronari dan strok! Semakin kritikal obesiti seseorang individu, semakin tinggi kadar morbiditi dan mortaliti. Daripada kajian yang diperolehi:

“Lelaki yang mempunyai berat badan 10% melebihi berat badan optimum mempunyai risiko kematian 13% lebih tinggi, manakala risiko kamatian untuk lelaki yang mempunyai berat badan 20% melebihi berat badan optimum adalah 25%. Peningkatannya lebih rendah di kalangan wanita, manakala bagi lelaki yang berusia lebih daripada 65 tahun, obesiti tidak menjadi faktor kematian.” – Clinical Medicine, Kumar & Clark, 7th Edition.
Maka, bagi individu yang mengalami obesiti adalah amat digalakkan untuk mengurangkan berat badan justeru dapat mengelakkan penyakit kronik dan seterusnya kematian.



Seperti yang telah dijelaskan, pencegahan daripada obesiti sebenarnya yang perlu kita titik beratkan, kerana kebanyakan mereka yang obes, mengalami kesukaran untuk mengekalkan pengurangan berat badan. Berat badan mereka menjadi seperti yoyo, sekejap naik, dan sekejap turun. 

Sungguhpun begitu, ada juga yang berjaya mengurangkan berat badan ke tahap ideal. Secara realitinya, kita boleh lihat mereka yang menjadi peserta rancangan popular “The Biggest Loser.”

Maknanya di sini, tidak mustahil orang yang obes boleh menjadi kurus, tatapi untuk menjadi kurus kembali adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan kecekalan dan semangat yang jitu.

Perlu diingatkan, menjadi kurus bukan untuk nampak cantik dan bergaya semata-mata, tetapi untuk sihat dan jauh daripada pelbagai penyakit, InsyaAllah.

Sumber dari http://psipum.org

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...