Monday, August 13, 2012

Kehilangan Kolagen & Penuaan


Gambar di bawah adalah ilustrasi bagaimana kulit kehilangan kolagen, lantas menyebabkan penuaan.


Lapisan kulit terbahagi kepada 2:-
~ Epidermis = lapisan luar yang bertindak sebagai "natural barrier" terhadap kerosakan dari persekitaran.
~ Dermis = lapisan dalam yang mengandungi kolagen, fiber elastin (keanjalan) dan fibroblasts yang menyebabkan kulit menjadi gebu dan awet muda. Fibroblasts adalah sel istimewa yang mensintesis kolagen dan elastin.


Sedikit info tentang bagaimana penuaan berlaku;

~ 75% daripada kulit kita (semasa muda) adalah terdiri daripada kolagen.

~ Apabila usia meningkat, bilangan kolagen menjadi berkurangan menyebabkan keanjalan dan ketegangan kulit juga berkurangan. Lantas menjadi penyebab kepada kulit kendur dan kedutan.

~ Apabila kadar kolagen menurun, kadar asid hyaluronic juga menurun menyebabkan kulit kekurangan kelembapan, kelembutan dan keanjalan. Ini menyebabkan kulit kering, kendur dan berkedut. Contoh : Kelopak mata yang melayut, eye bag dan kedut di tepi mata apabila anda ketawa.

2 faktor penuaan kulit:-
~ intrinsic = keturunan
~ extrinsic = persekitaran. Contoh: berjemur di bawah matahari terik dan merokok


Untuk sebarang pertanyaan/pesanan, boleh hubungi saya di heriaty.omar@gmail.com | 019-6671210

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...