Tuesday, September 11, 2012

Morning Sickness & Kepentingan Vitamin B



Morning sickness merujuk kepada rasa pening, loya dan muntah2 semasa kehamilan, yang biasanya berlaku pada 16 minggu pertama kehamilan. 

Walaupun penyebab sebenar tidak diketahui, tetapi ramai berpendapat ianya adalah disebabkan oleh perubahan paras hormon. Kebanyakan wanita hamil tidak mengalami morning sickness yang sangat teruk, akan tetapi ada juga wanita hamil yang mengalami morning sickness yang sangat teruk sehinggakan terpaksa ditahan di wad. Morning sickness yang sangat teruk ini dipanggil "hyperemesis gravidarum".


Vitamin B6

Vitamin B yang dipanggil pyridoxine atau lebih dikenali sebagai vitamin B6, dianggap boleh membantu mengurangkan morning sickness di kalangan wanita hamil. Menurut Harvard Health Publications, vitamin B6 membantu dalam penukaran asid amino tryptophan kepada serotonin. Serotonin ialah "neurotransmitter" yang membantu mengawal fungsi tubuh seperti tidur, selera makan dan mood. National Institute of Health's Office mengatakan yang vitamin B6 juga membantu dalam pembentukan sel darah merah, menyokong fungsi sistem imun dan juga membantu metabolisme protein.


Hubungan Morning Sickness dan Vitamin B6

Menurut American Prenancy Association, kajian menunjukkan vitamin B6 boleh membantu mengurangkan alahan morning sickness. American Pregnancy Association mencadangkan pengambilan harian sebanyak 50mg vitamin B6 setiap hari bagi mengurangkan morning sickness.


Sumber vitamin B6

B6 ialah vitamin larut air yang boleh didapati di dalam daging, ikan, soya dan buah-buahan seperti tembikai dan pisang. Vitamin B6 juga boleh didapat di dalam jam kacang dan bijirin sarapan pagi.


Apa yang ditawarkan oleh Shaklee?




B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

Mengandungi B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.

Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



Vitamin B1

Vitamin B1 atau thiamin menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga.
Sepertimana yang semua tahu, wanita hamil memerlukan tenaga yang banyak semasa membawa kandungannya hingga ke 9 bulan.
Vitamin B1 juga penting untuk sistem saraf.

Vitamin B2

Vitamin B2 penting dalam mengekalkan tenaga. Juga penting untuk pembentukan kulit dan mata janin.

Vitamin B3

Vitamin B3 atau niacin penting bagi pembentukan kulit janin, pembentukan sistem saraf janin yang sempurna dan juga membantu sistem penghadaman si ibu.

Vitamin B6

Vitamin B6 atau pyridoxine adalah nutrisi penting semasa kehamilan kerana ia menyokong pembentukan sel darah merah janin dan juga neurotransmitter otak janin. Janin dalam kandungan juga memerlukan bekalan vitamin B6 yang mencukupi bagi meransang pembentukan sistem saraf yang normal.

Vitamin B9 (asid folik)

Vitamin B9 atau juga dikenali sebagai asid folik adalah sangat penting semasa kehamilan kerana ia boleh mencegah kecacatan kelahiran. Asid folik memastikan tibu neural bayi tertutup dengan sempurna, yang membantu mencegah kecacatan seperti spina bifida. Asid folik juga penting untuk membentuk dan mengekalkan placenta yang sihat.

Vitamin B12

Janin dalam kandungan bergantung kepada vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah yang sihat, pembentukan dan fungsi otak dan juga DNA janin.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan wanita hamil berada dalam keletihan dan juga boleh menyebablan kehilangan berat badan.

Biotin

Tubuh memerlukan biotin untuk memecahkan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga. Kekurangan biotin akan menyebabkan keguguran rambut dan juga ruam di sekitar lubang hidung dan mulut.

Asid pantotenik

Asid pantotenik yang juga dikenali sebagai vitamin B5 adalan penting bagi penghasilan hormon dan kolesterol dan metabolisme karbohidrat, protein dan lemak.

Kesimpulannya, B Complex adalah sangat penting untuk kesejahteraan ibu dan janin.
Untuk mengetahui kesemua vitamin yang disyorkan untuk kehamilan yang sihat, sila KLIK SINI.

Sudahkan anda membaca LAIN-LAIN ENTRI tentang KEHAMILAN ? 
Jika belum, jemput klik LINK di bawah,

1) Morning Sickness dan Kepentingan Vitamin B
2) Nutrisi Yang Baik Untuk Kehamilan Yang Sihat
3) Pengalaman Kehamilan Yang Sungguh Berbeza
4) OBESE ketika hamil. Ketahui RISIKO-nya
5) Hamil di usia lewat 30-an

-------------------------------------------
SMS/Whatsapp : 019-6671210

Fanpage : I Love Vitamins
* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
------------------------------------------


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...