Wednesday, September 12, 2012

Nutrisi Yang Baik untuk Kehamilan Yang Sihat

Tubuh wanita mengalami banyak perubahan semasa kehamilan untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan juga sebagai persediaan untuk proses bersalin dan selepas bersalin. Nutrisi yang baik dan mencukupi adalah penting semasa tubuh wanita mengalami transformasi ini.


NUTRISI YANG BAIK ADALAH PENTING BAGI...


Tumbesaran dan Perkembangan Fetus

~ Bayi di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada ibu bagi mendapatkan bekalan nutrisi bagi perkembangan yang normal dan tumbesaran dari segi fizikal.

~ Otak bayi berkembang dengan pesat semasa bulan-bulan terakhir kehamilan, dan bersambung pada tahun pertama hidupnya. Kekurangan nutrisi dalam tempoh ini akan mengganggu perkembangan otak bayi. Nutrisi yang baik bukan sahaja penting selepas seseorang bayi itu lahir ke dunia, malahan ia adalah sangat penting sebelum bayi itu lahir lagi.

~ Bayi memerlukan nutrisi yang baik untuk memastikan ia lahir cukup bulan, kuat dan sihat dari segi fizikal. Bayi pramatang dan kekurangan berat semasa lahir berkemungkinan akan mengalami kurang keupayaan dari segi mental dan fizikal.

~ Bayi juga memerlukan nutrisi yang baik untuk membentuk sistem imun yang kuat.


Proses Kehamilan Ibu

~ Nutrisi yang baik boleh mencegah edema. Sejenis bengkak yang disebabkan cecair di dalam tisu badan. Ia biasanya berlaku pada kaki, buku lali, malahan boleh berlaku pada seluruh tubuh.
~ Ibu yang mendapat nutrisi yang baik semasa kehamilan selalunya akan berasa lebih sihat dan bertenaga.
~ Nutrisi yang baik juga boleh mengelakkan sembelit dan buasir.
~ Ibu yang mendapat nutrisi yang mencukupi juga akan mengalami pertambahan berat yang baik semasa kehamilan. Biasanya 2kg setiap bulan.


Mengelakkan komplikasi semasa kehamilan dan proses bersalin

~ Pre-eclampsia atau toxemia. Kombinasi darah tinggi dan protein di dalam air kencing yang lazimnya berlaku selepas minggu ke 20 kehamilan.
~ Anemia atau tekanan darah rendah.
~ Jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing.
~ Proses bersalin yang sukar dan lama kerana uterus (rahim) yang lemah.
~ Pembedahan yang terpaksa dilakukan semasa proses kelahiran kerana rahim yang lemah. Nutrisi yang baik adalah penting bagi mengurangkan risiko jangkitan dan proses penyembuhan yang cepat selepas pembedahan.
~ Darah tinggi
~ Kencing manis


Melalui proses bersalin yang mudah dengan tubuh yang sihat

~ Rahim ibu yang kuat bagi memudahkan proses kelahiran
~ Tubuh ibu yang sihat dan mempunyai stamina yang mencukupi bagi menyokong proses kelahiran
~ Isipadu darah yang tinggi dan mencukupi. Penting untuk proses penyembuhan selepas kelahiran dan kesihatan ibu bagi menjaga bayi yang dilahirkan.
~ Tubuh ibu pulih dengan cepat selepas melahirkan.

Harus diingat bahawa bayi di dalam kandungan BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada ibu bagi mendapatkan NUTRISI YANG TERBAIK. Banyak perkara yang tidak dijangka mungkin berlaku semasa kehamilan dan proses kelahiran, dan berita baiknya, anda yang menentukan nutrisi yang anda berikan untuk diri sendiri dan bayi di dalam kandungan. Nampak remeh tetapi ini adalah satu peluang bagi anda untuk meningkatkan peluang bagi mendapatkan kehamilan, kelahiran dan bayi yang sihat.


Apa yang ditawarkan oleh Shaklee?




1. Vitalea with Iron Formula
~ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
~ Vita-Lea kaya dengan iron (zat besi) di mana ia adalah sangat bagus jika ibu ada masalah masalah mudah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia adalah berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak.
~ Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

2. Sustained Release Vitamin C
~ Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
~ Ia juga membantu dalam penghadaman zat. Di samping itu Vitamin C juga meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh (cth: selsema).
~ 1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
~ Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah

3. Ostematrix (Kalsium)
~ Ibu hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari.
~ Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Dengan adanya vitamin D, kalsium dapat diserap dengan lebih baik oleh tubuh kita.
~ Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
~ Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
~ Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot (simpul biawak)
~ Menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
~ Sekiranya ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis pada usia tua.
~ Sangat sesuai bagi orang yang tidak suka minum susu.


4. ESP (Protein)
~ Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
~ Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.
~ Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik.
~ Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
~ ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
~ Protein memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
~ Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
~ Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

5. OmegaGuard (Omega 3)
~ Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
~ Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
~ DHA dan EPA dari OmegaGuard ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
~ Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.


6. B Complex
~ B Complex Shaklee adalah unik kerana ianya telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B.
~ Asid folik adalah sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
~ Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
~ Adalah penting bagi memastikan keperluan asid folik adalah mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung sehinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Nota :
Suplemen di atas boleh bertahan sehingga 4-6 bulan.
Penggunaannya boleh disambung semasa berpantang dan semasa menyusukan bayi.

-------------------------------------------
SMS/Whatsapp : 019-6671210


Fanpage : I Love Vitamins
* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...