Tuesday, October 9, 2012

Makan suplemen ni boleh banyakkan susu ke?

Bila sebut sahaja suplemen untuk penyusuan, ramai yang beranggapan bila makan sahaja suplemen susu akan terus keluar mencurah-curah.

Terus terang saya kata yang itu tidak benar. Macam mana susu nak keluar kalau jarang bagi anak direct feeding, pam susu pun 1 kali ajer di tempat kerja. Bila balik dari pejabat, bagi anak direct feeding sekali, pastu terus bagi formula.

Konsep asas penyusuan ialah supply vs demand. Bila permintaan tinggi, maka bekalan akan automatik jadi banyak. Bila kita jarang pam atau bagi direct feeding, signal akan dihantar ke otak memberitahu yang susu tidak perlu dihasilkan kerana tidak ada permintaan. Menakutkan? Ya...saya yang tulis pun rasa takut. Nauzubillah...

Saya tengok rata-rata milk booster di pasaran semuanya bertujuan untuk membanyakkan susu, lepas tu bila customer makan, takde effect. Sebab apa? Sebab mcm yang saya tulis di atas tu.

Kalau kita tengok pada Set Penyusuan 3M sebagai contoh. The most famous, popular, breastfeeding set. Dalam Set 3M ada 6 produk.
1. ESP - Protein
2. Vita-Lea with iron formula - Multivitamin
3. Sustained Release Vitamin C
4. Ostematrix - Kalsium
5. Alfalfa
6. B-Complex

"Banyaknya...macam mana nak makan ni". Itu antara statement yang saya selalu dapat dari customer :-)

Kenapa mesti ada sampai 6 vitamin untuk Set Penyusuan dari rangkain vitamin Shaklee ni ?

Saya terangkan secara ringkas di bawah.

1. ESP ialah protein. Kenapa ibu menyusu kena makan protein? Protein merupakan makanan kepada sel. Apabila sel mendapat bekalan protein yang mencukupi  ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.
Semua organ dalam tubuh kita terdiri daripada sel. Kalau sel tidak sihat, bagaimana organ-organ kita nak berfungsi dengan baik. Bagaimana anda nak menjayakan penyusuan kalau tubuh anda tidak sihat?

2. Vita-Lea Iron Formula. Dalam Vita-Lea ada iron atau zat besi. Zat besi ini membawa oksigen di dalam darah ke seluruh tubuh kita, memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Kekurangan zat besi menyebabkan anemia dan keletihan.
Bagaimana anda nak menjayakan penyusuan kalau sering keletihan? Bila bekalan oksigen dalam darah tak mencukupi, lazimnya seseorang akan sakit kepala kerana kurang bekalan oksigen dalam darah ke otak. Bagaimana nak menjayakan penyusuan kalau ibu asyik sakit kepala?

3. Vitamin C - Tujuan makan vitamin C ialah untuk meningkatkan imun system tubuh. Supaya jarang kena selsema. Selain itu vitamin C juga membentuk kolagen. Keistimewaan vitamin C Shaklee ialah sebiji vitamin c bersamaan dgn 7 1/2 biji buah oren. Laratkah anda nak makan 7 1/2 biji buah oren setiap hari seumur hidup?
Bagaimana nak menjayakan penyusuan kalo ibu sering tidak sihat, sering selsema? Penyusuan pasti terganggu kerana ibu berada dalam keadaan tidak selesa.

4. Ostematrix - Ini adalah kalsium. Semasa hamil dan setiap hari semasa menyusukan bayi mengambil bekalan kalsium ibu. Ibu yang selepas bersalin lazimnya akan selalu mengalami sakit belakang apabila membongkok semasa menyusukan, semasa menukar lampin. Apabila ini terjadi, ibu akan mengalami ketidakselesaan semasa menyusukan.

5. Alfalfa - Bertindak sebagai milkbooster dan juga agen detoks. Lazimnya susah nak jumpa ibu menyusu yang boleh menjaga pemakanan dgn begitu berdisiplin selama 2 tahun. Mesti nak makan ayam, udang, sotong. Kalau baby tak alergi tak apa, tapi kebanyakan bayi mmg alah dgn ayam dan makanan laut. Maka timbullah ruam2 kecil pada sekitar mulut dan pipi si comel. Nak letak cream eczema? Selamat ke? Baby suka menggaru muka. Macam mana kalo cream eczema tu termasuk dalam mata ke mulut ke? Merbahaya bukan?
Selain tu Alfalfa juga boleh mengetatkan vagina. Saya ada testimonial dari customer bab yang ni. Sungguh 18SX. Saper nak sila emel. Nanti saya share kan. Maaf tak dapat kongsi di sini.

6. B-Complex -  Vitamin ini buat mood ibu jadi happy. Dan juga boleh hilangkan mengantuk di waktu siang terutama selepas lunch. Bila nak menyusukan mood ibu mesti sentiasa baik. Kalo asik mood swing ajer...susu pun tanak keluar.

So, itulah dia...letih jari jemari halus saya ni menaip :-)
Semua yang di atas lahir dari hati saya, ikhlas buat semua yang membaca.
Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa digalakkan ambil suplemen semasa menyusukan. Yang di atas itulah jawapannya.

Set Penyusuan ini adalah untuk semua ibu yang menyusukan. Hatta yang dah banyak susu mencurah2 sekali pun. Sebab tujuan asal makan suplemen ni ialah untuk kesihatan ibu. Ibu yang sihat dan ceria dengan sendirinya akan menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat untuk bayinya ;-)

Berminat nak mencuba Set 3M? 




Hubungi saya,

Yati Omar
SMS/Whatsapp : 019-6671210
E-mail :
heriaty.omar@gmail.com


* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...