Sunday, November 11, 2012

10 Cara Mudah Turunkan Kolesterol Tinggi

Hari ini dengan cara hidup kita yang moden, penyakit kolesterol tinggi dengan mudah akan menyerang sesiapa sahaja.
Kalau dulu, kolesterol sering dikaitkan dengan mereka yang bertubuh gemuk. Kini tidak lagi, yang kurus pun boleh kena kolesterol tinggi.
Dan yang paling MENAKUTKAN, KOLESTEROL adalah PUNCA UTAMA SERANGAN JANTUNG dan STROK.


Kolesterol LDL menyebabkan plak terbina pada dinding arteri dan menyumbat salur darah >> STROKE
Berikut ialah 10 cara mudah untuk TURUNKAN PARAS KOLESTEROL.

1. UBAH CARA PEMAKANAN ANDA UNTUK JANTUNG YANG SIHAT

Jika anda memiliki kolesterol tinggi, ubah pola makan anda. Banyakkan makan buah-buahan, sayuran, biji-bijian, daging tanpa lemak, ikan dan susu rendah lemak, rendah kalori, bebas lemak tepu dan kolesterol.
Dengan mengurangkan makan daging juga dapat menurunkan kolesterol LDL. Menurut sebuah kajian pada tahun 1999, orang yang vegetarian cenderung memiliki kadar kolesterol LDL yang lebih rendah berbanding orang yang makan daging.

2. BANYAKKAN MAKANAN BERSERAT

Makanan yang mengandungi serat larut adalah gandum, buah plum dan kacang-kacangan atau ambil suplemen serat. Serat akan mengikat kolesterol dalam saluran usus dan mengeluarkannya dari tubuh anda.
Cubalah untuk mendapatkan 25-30 gram serat setiap hari atau dengan makan 6-11 portion buah dan sayuran setiap hari.

3. HADKAN MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNG PHYTOCHEMICAL

Phytochemical atau yang disebut dengan pitosterol ditemui dalam minyak jagung dan soya yang boleh menyekat penyerapan kolesterol. Walaupun makanan tersebut baik, tetapi jangan berlebihan menggunakannya atau sekitar 1.3 gram sehari.

4. MAKAN KACANG

Makanlah segenggam kacang sehari atau sekitar 2 ons, karena terbukti ia boleh menurunkan kadar LDL dan trigliserida.

5. MINIMALKAN PENGAMBILAN MAKANAN BERLEMAK

Lemak tepu ditemui dalam susu lemak berkrim, daging merah dan beberapa minyak seperti kelapa sawit dan kelapa. Sebagai gantinya pilihlah lemak yang sihat untuk jantung, seperti minyak zaitun.

6. JAGA BERAT BADAN ANDA

Berat badan tambahan di bahagian perut meningkatkan risiko penyakit jantung terutamanya jika anda menderita hipertensi dan kadar gula darah tinggi. Berat badan terlebih juga cenderung dalam meningkatkan jumlah LDL dalam darah.

Seorang wanita sihat dengan kolesterol tinggi seringkali dapat mengurangkan pembacaan kolesterol dengan hanya menurunkan 5-10 kilogram, kata Redberg, pakar jantung dari San Francisco.

7. BERSENAM

Sebuah kajian tahun 2009 di North Carolina University terhadap lebih daripada 8,000 orang mendapati bahawa orang yang melakukan senaman ringan selama 30 minit dalam beberapa hari seminggu dapat menurunkan tahap trigliserida dan meningkatkan HDL.

8. ATASI STRESS

Stres yang tinggi boleh meningkatkan kadar kolesterol anda. Pada tahun 2007, penyelidik di Oregon State University mendapati bahawa peserta kajian yang mampu mengatasi stress mempunyai tahap HDL yang lebih tinggi.

9. MAKAN IKAN


Lemak ikan dari laut sejuk seperti tuna, mackerel, salmon mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi. Omega-3 berfungsi menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah) dan LDL (kolesterol jahat) dan juga dapat menaikkan tahap HDL (kolesterol baik). Makanlah sekurang-kurangnya 2 hingga 3.5 ons bahagian ikan setiap minggu. Omega-3 Terbukti Turunkan Kolesterol

10. MENGAMBIL ALFALFA

Terdapat bukti klinikal yang meyakinkan bahawa alfalfa merendahkan kolesterol dan meningkatkan panel kolesterol (HDL vs LDL).

Dalam beberapa kajian, suplemen alfalfa mengurangkan paras kolesterol darah, terutama bagi individu dengan jenis kolesterol tinggi tertentu yang dikenali sebagai hyperlipoproteinemia Jenis II.

Kelihatan bahawa serat dan bahan kimia dalam alfalfa mempunyai fungsi melekat pada kolesterol. Ini menyebabkan kolesterol tidak tinggal di dalam darah lantas menyebabkan kolesterol tidak melekat pada pada dinding saluran darah.

Malah yang lebih menarik, alfalfa seolah-olah hanya menurunkan kolesterol buruk (LDL) dan meninggalkan kolesterol baik (HDL) sahaja di dalam darah.
Cara Membaca Bacaan Pada Ujian Kolesterol Anda

------------


BAGAIMANA DENGAN PRODUK SHAKLEE ? APA PRODUK SHAKLEE YANG BERKESAN UNTUK MASALAH KOLESTEROL ?

1) OmegaGuard - Mengandungi Omega 3 yang menurunkan paras kolesterol LDL. 
    [4 TESTIMONI] OmegaGuard Terbukti Berkesan Turunkan Kolesterol

2) Phytocol ST - Mengandungi fitosterol yang menjadi perisai pada dinding pembuluh darah dan menghalang asid lemak dari memasuki pembuluh darah.



Untuk membeli OmegaGuard dan Phytocol ST Shaklee, anda ada 2 cara pilihan :

1) Membuat pembelian online secara terus dengan Shaklee Malaysia. Pembayaran dengan kad kredit atau kad debit >> BUY OMEGAGUARD & PHYTOCOL-ST NOW

atau 

2) Anda sebaiknya menghubungi saya untuk pembelian Set ini dengan Harga Promosi November 2014

Whatsapp/ Telegram : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins


* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK

0 comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...