Monday, December 31, 2012

Bagaimana saya menjana SIDE INCOME 4 ANGKA SETIAP BULAN BERSAMA SHAKLEE ???

[Entri ini ditulis pada 31/12/2012]

Salam semua...
Entri ini saya taip di Swiss Garden Damai Laut Resort & Spa ...woahhhh... ;-))
Suami dan anak sulong pegi mandi dekat pool.
Saya tinggal di bilik sahaja sebab baby tengah tido.
Jadi saya ambil peluang ni untuk meng-update blog.
Berkongsi kisah saya - Bagaimana saya menjana pendapatan 4 angka setiap bulan bersama Shaklee bermula Oktober 2012.

OK...macam mana saya berkenalan dengan Shaklee, rata-rata dah tahu kot. Ada saya tulis di entri yang belakang-belakang. Bagi yang ingin membaca, boleh KLIK SINI untuk membaca entri saya yang bertajuk - That was the magic moment. It was love at first sight !!!. Itu kisah bagaimana saya berkenalan dengan Shaklee.

OK, hari ni saya ingin bercerita pula macam mana saya menjana Side Income 4 Angka dengan Shaklee.

Tentang saya.
Sebelum ini saya merupakan seorang wanita bekerjaya. Pendapatan sebulan boleh tahan. Dengan jawatan sebagai Pengurus Analitik di sebuah syarikat besar yang terletak di ibu negara, saya sebenarnya sudah berada di zon selesa.

Namun begitu, saya rasa satu kekurangan. Setiap pagi, masa nak keluar rumah pegi bekerja, hati saya sayu setiap kali menatap wajah anak. Saya keluar bekerja setiap hari seawal 7 pagi dan sampai ke rumah setiap hari dalam pukul 8 malam. Lewat dari itu pun pernah. Pukul 9-10 malam anak saya dah tidur. Berapa jam yang saya dapat luangkan masa untuk dia?

Pekerjaan suami pula menuntut dia untuk selalu ke luar negara. Kalau ada di rumah pun mungkin 2-3 hari dah dia sudah perlu outstation semula. Saya sedih..kasihan anak saya. Dan sebab tulah saya rasa Eyoy sedikit spoil dan terlebih manja. Apa sahaja yang dia nak, saya dan suami akan cuba penuhi. Mungkin kami cuba untuk menebus masa yang hilang dengan pemberian yang berupa material pada masa itu. Yelah, apa lagi yang boleh kami buat selain itu.

Tapi klimaks-nya Jun 2011, saya tekad untuk menghantar notis berhenti kerja. Terus terang saya katakan pada masa itu saya tidak ada "back-up plan". Saya cuma tahu saya nak berhenti kerja dan berehat. Alhamdulillah, suami menyokong keputusan saya.

Pada masa yang sama, saya hamil anak kedua. Saya pun tak berapa sihat, agak susah hari2 nak travel Sepang-KL. Kadang2 saya muntah dalam kereta apabila tersangkut dalam traffic jam.

Dulu saya selalu ala-ala 'pandang serong' pada business MLM ni. Tapi bila dah join Shaklee ni baru saya tahu Shaklee berbeza. Penekanan lebih kepada penjualan produk dan tidak ada istilah "head-hunting" atau cari-cari orang, tidak perlu buat loan. Modal anda cuma RM65 untuk pendaftaran keahlian. Itu pun RM65 itu sebenarnya ialah KOS MEMBERKIT. Anda akan dapat satu beg berwarna hitam yang penuh dengan buku, majalan, pamplet dan macam2 lagi.

Dan yang paling buat saya ber-syukur ialah saya berada di bawah Kumpulan Mamafaiz dan Jutawan2 Shaklee. Perkataan Jutawan itu bukan "dongengan". Memang sudah ramai pun ketua2 kumpulan yang bergelar jutawan. Saya? Belum lagi. In Shaa ALLAH sedang berusaha ke arah itu. 

Di bawah kumpulan Jutawan ini, saya muka kenal amalan2 sunat. Yer, memang dulu selalu dengar zikir, solat sunat dhuha, solat hajat tapi terlalu janggal rasanya pada masa itu. Alhamdulillah, di bawah kumpulan ini kami acapkali diingatkan tentang amalan-amalan ini. Kalau dulu rasa janggal, kini tidak lagi. Kalau tak buat pulak yang rasa macam pelik.

Saya mendaftar sebagai pengedar Shaklee pada June 2012. Bermula bulan Oktober 2012 pendapatan saya tetap 4 angka setiap bulan dan ia semakin meningkat. Peningkatan dalam business Shaklee tidak seperti kenaikan gaji. Pendapatan anda boleh naik 10%, 50%, 100%, hatta 200% setiap bulan. Semuanya bergantung kepada diri dan usaha anda sendiri. 

Target seterusnya ialah untuk income 5 angka. Insya Allah saya yakin tidak mustahil. Ramai yang telah berjaya melakukannya. Kenapa pulak saya tidak boleh?

Orang yang paling banyak memberi saya sokongan ialah suami. Syukur Alhamdulillah...tanpa sokongan dan redha suami, saya mungkin tak sampai ke tahap ni.

Apa yang saya dapat bila join Business SHAKLEE ni?

1) Saya dapat banyak ilmu tentang vitamin, suplemen dan kesihatan.
2) Saya kenal ramai orang. Orang yang saya kenal sekarang lebih ramai dari orang yang saya kenal semasa zaman saya bekerja makan gaji.
3) Saya jadi lebih positive, lebih open minded dan lebih berani.
4) Saya kan passionate about breastfeeding, saya seronok bila dapat membantu ibu2 menyusukan anak. Saya kongsikan tips2 saya, pengalaman saya. Saya seronok
5) Saya jadi eager untuk memperbaiki diri untuk jadi hamba ALLAH yang lebih baik, amalan sunat yang dulu tak pernah2 buat sekarang dah jadi macam amalan harian. Syukur Alhamdulillah
6) Saya dapat side income. Sambil duduk rumah jaga anak, saya buat duit. Saya tak payah nak keluar rumah pagi2 dah. Tak payah nak merempit tiap2 hari kat highway MEX tu. Tak payah nak mengharung jam yang menyesakkan jiwa raga kat KL tu setiap hari.
7) DAN YANG PALING PENTING SEKALI, saya dapat melihat anak-anak saya membesar di depan mata. Dibesarkan dengan tangan saya sendiri dan tangan inilah yang menyuapkan makanan ke mulut-mulut comel itu setiap hari. 

Syukur الحمد لله

Cerita Terbaru Saya : Saya Dapat 6 Award Semasa Shaklee National Conference 2013/2014


Untuk maklumat lanjut , hubungi
✍ FB : Yati Omar
✐ FanPage : I Love Vitamins
✉ Email: heriaty.omar@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6671210
➲ COD Area: Kota Warisan, Sepang dan kawasan sekitar
➲ Penghantaran seluruh Malaysia melalui Poslaju, GDEX dan CITY-LINK


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...