Wednesday, February 13, 2013

Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung

Sepanjang minggu ni, saya akan berkongsi banyak info tentang kehamilan. So, to all preggy mommies out there ...happy reading ;-))

Kencing manis semasa hamil bukan sesuatu yang janggal masa kini. Ramai yang terpaksa minum air gula semasa hamil.

Teringat semasa mengandungkan Ameera tahun 2011 yang lalu. Semasa montly check-up, masa scan, doktor dapati ukuran air ketuban saya lebih dari yang sepatutnya. Ukuran tu kiranya gap antara janin dengan kantung. Haa...macam tulah. Dan lagi doktor kata saiz baby agak besar dari yang sepatutnya.

So...terpaksa lah saya datang untuk minum air gula di minggu depan-nya ker mcm tulah...saya pun dah ingat2 lupa ni..hahaa...maklum lah cerita setahun lebih yang lalu.

Orang kata rasa air gula sangat horror. Entah saya ok jer minum satu mug air gula tu. Hahaaa...Takdelah rasa macam nak pengsan ker apa...ehehhh...tapi nurse bagi saya siap2 satu botol air mineral so minum selang seli lah dgn air gula tu.

Kena ambil darah 2 kali. Sekali before minum air gula, sekali lepas minum air gula. Lama jugak lah bertapa kat hospital tu. Saya ni dah la ada low blood pressure dengan tak makan lagi masa tu dah pukul 10 lebih. Sebab nak amik darah yang lepas minum air gula tu kena tunggu 1 jam ke 2 jam...

(Ni citer selingan ni)
So, alkisahnya masa amik darah tu, adalah sorang mamat Chinese ni...dia tak minum air gula lah tapi saya rasa dia pun kena puasa sbb nak amik darah jugak. Tengah2 darah dia kena amik, dia boleh collapsed dari kerusi ... ala2 mcm org kena sawan plak kat situ. Dah lah berlaku kekecohan kat lab tu. Berlari2 an sumer org nak meng-angkat mamat tu atas katil, cek jantung, pernafasan sumer. Husband saya yang tengah tunggu kat luar lab, tiba2 muka dah terpacul kat pintu. Dia ingat saya kot yang pengsan...hehee saya sengih jer. Maklumlah dia pun tahu yang wife dia ni ada low blood, mana boleh makan lambat.

Lepas setel sumer, gi jumpa doctor. Result malas nak tunggu sebab saya nak gi makan. Huhueee...lapar dah. Doctor pesan nanti sms dia tanya result.

Petang tu saya sms doctor tanya result saya. Ingat lagi malam tu 3 pagi doctor balas sms saya...ishkk..ishkk...workaholic sungguh, dia kata sugar level saya borderline so kena jaga sket makan.

Saya rasa saya kurang minum air masak masa bulan yg kena minum air gula tu. Sejak insiden tu saya memang train diri saya minum air masak banyak (saya ni asalnya org yang tak suka minum air masak yer).

Alhamdulillah lepas2 tu check up mmg sumer ok. Takde dah masalah air ketuban banyak ke apa. All in control ;-))

OK, itu cerita saya. Jom baca kat bawah ni Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung ;-))

---------------------------------------------------------------

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.
Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.

Punca
Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.

Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Sekiranya puan pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yang ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung

Masalah kencing manis semasa mengandung


Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

1) Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.



2) Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

3) Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

4) Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

5) Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

6) Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.


Apakah produk Shaklee yang sesuai ?


Harga bagi setiap produk :
ESP = RM159 , 850g , tahan 1.5 bulan
B Complex = RM56.98 , 120 biji tahan 4 bulan
Vitalea = RM94.08 , 120 biji , tahan 2 bulan

Anda nak diskaun ?

SMS/Whatsapp : 019-6671210
E-mail : heriaty.omar@gmail.com
Fanpage : I Love Vitamins

* Self pick up di Kota Warisan

* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...