Sunday, April 14, 2013

Special Tips Untuk Ibu Menyusu - SUPLEMEN ROHANI

Salam hujung minggu buat semua yang berkunjung ke blog saya hari ni ...

Selalu share tentang suplemen untuk jasmani (fizikal) sahaja kan ... hari ni saya nak share tentang kepentingan suplemen untuk rohani.

Entri ni saya ambil dari blog Cery. Sangat menarik entri ni. Jemput baca :-)

-----------------------------------------------------

" Kak...So far Alhamdulillah setakat ni makan Set B ..susu pun boleh la tahan..tapi ada tak zikir atau doa untuk tambah susu..stress lah keje penat. Saya kurang arif hal-hal ni. Tolong ye kak.. " ~ Pn Farahiah-KL

Lebih kurang begitula sms dari Pn Fara. Seorang ibu bekerjaya yang saya kenal di alam maya.

Apabila dapat sms dari Puan Fara ni, saya nakla share tentang makanan rohani dan jasmani.

Semalam saya dengar di radio. Ustaz ni bagi ceramah.
Katanya, manusia ni sungguh prihatin bab2 jaga badan. Pegi bersenam, makan makanan seimbang, makan segala vitamin.

Tetapi ini semua makanan jasmani... bagaimana dgn makanan rohani?

Sebab itu katanya, ROH perlukan zikir + wirid + solat. Tidak dinafikan dunia ni sudah semakin maju dan manusia semakin sibuk dengan tuntutan duniawi jadi pendekatan dan tuntutan rohani terabai.

Saya tak pernah jemu menulis dan memberitahu ibu-ibu bahawa doa dan keyakinan yang kuat itu sangat membantu si ibu itu untuk terus berjaya menyusukan anaknya.

Yakin dan berserahlah pada Allah. Zikir-zikir, nama-nama Allah, mengaji, amat digalakkan dalam membantu memberi rasa tenang dalam hati dan fikiran kita.

Dalam kesibukan dengan kehendak dunia, cubalah mencari masa untukNya. Apabila kita dekat denganNya, insyaAllah segala kesulitan dapat diatasi.

Jadi buat Fara dan yang lain. Amalkanlah doa ini.


" Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkat  di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku "

Percaya dan yakinlah dgn izin Allah, walau sedikit susu ibu tetapi mampu membuatkan anak kita mudah kenyang. Supplemen dan vitamin adalah ikhtiar kita dalam membantu kepekatan susu dan doa membantu mencukupi keperluan si anak tadi.


Jika anda berpegang dan berdoa. pasti hati akan tenang serta secara langsung membantu dalam pengeluaran susu yang berpanjangan.

Dan untuk ibu-ibu dan wanita diluar sana yang stress bekerja + letih dgn pelbagai tugas, amalkan juga zikir ini sebelum tidur


~ SubhanAllah 33x,
~ Alhamdullillah 33x
~ AllahuAkbar 33x
~ Laaillahaillah 1x

Siti Fatimah pernah mengadu kat Nabi SAW, yang dia keletihan serta tapak tangan dah kasar kerana mengisar gandum lantas memohon seorang khadam dari Baginda SAW.

Nabi SAW memujuk anak kesayangannya dengan menganjur membaca SubhanAllah 33x, Alhamdullillah 33x dan AllahuAkbar 33x dan 1x Laaillahaillallahu wah dahulaa syarikallah...hingga akhir untuk menghilangkan letih sebelum tidur.

--------------------------------------
 
Apa yang boleh saya simpulkan, kita selalu mengharapkan pemberian yang banyak, yang hebat2 dari ALLAH SWT. Tapi banyak mana pula yang telah kita berikan pada ALLAH SWT. Fikir-fikir kan :-)
 
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...