Thursday, June 27, 2013

Kencing Kotor Ketika Hamil

Entri ini telah diubah suai kerana terdapar "duplicate entries". Untuk membaca entri asal, sila KLIK , Fungsi Setiap Vitamin Dalam SET PENYUSUAN 3M

Apa itu KENCING KOTOR

Urinary Tract Infection (UTI) a.k.a Jangkitan Kuman Di saluran Kencing
Jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing uterer (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menguhubungkan pundi kencing keluar tubuh)
 
Siapa yang mudah dijangkiti
 
Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki. 
 
Wanita hamil dan Kencing kotor

Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain urethra pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
 
Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, menyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan ianya bertambah merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
 
Pada masa yang sama, rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebakan pergerakkan air kencing tersekat. Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing, ini akan memudahkan kuman di pundi kencing membiak.
 
Selain itu, kuman bakteria mudah membiak di kalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon). Atas sebab faktor2 ini lah wanita hamil lebih mudah dijangkiti ‘kencing kotor’.
 
Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian. Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi yg dilahirkan tidak cukup berat
 
Simptom Kencing Kotor
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk. 
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen. 
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks
  6. Demam dan seram sejuk. 
Rawatan Susulan

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).

Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital

Pencegahan Kencing Kotor

  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. 
  2. Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkan pembiakan bakteria. 
  3. Menjaga kebersihan diri. 
  4. Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar.
  5. Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami 
  6. Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap mungkin 
  7. Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kaffein
  8. Mengambil vitamin c,beta-ceratin,dan zinc untuk membantu melawan kuman.
Sharing Pengalaman Saya

Baru-baru ini saya kena kencing kotor tapi saya tak hamil masa tu. Punca jangkitan saya rasa kafein. Saya suka sangat minum nescafe dan kopi Starbucks. Tobat sampai harini tak sentuh nescafe dan Starbucks.

Dah la masa kena tu saya bukan kat rumah. Saya mengikut suami berkursus ke Penang. Memang hazab. Kejap2 rasa nak kencing, sakit dan pedih tau. Siap nak terbarai-barai tu ... huwaaaa. Nak pegi klinik pun tak boleh sebab suami ada course pagi sampai petang.

Jadi ini yang saya buat. Memang tabiat saya mana2 pegi mesti bawa Nutriferon dan Chewable Vitamin C. Ni sebenarnya untuk anak2 in case dorang demam atau selsema. Dan juga saya ada Dettol. Kalau duduk hotel suka bawak Dettol.

So, ini yang saya buat.
1) Tiap kali lepas buang air besar/kecik, cuci dengan Dettol untuk bunuh kuman.
2) Makan 2 biji Chewable Vita C setiap 6 jam.
3) Bancuh 1 sachet Nutriferon setiap 6 jam.

Dalam masa 24 jam, tak sakit dah masa kencing dan takde dah rasa nak terbarai2. 

Nutriferon bertindak sebagai immune booster. Ia menguatkan sistem imun saya untuk melawan kuman. Vitamin C pula sebagai antibiotik.

Nasihat saya, kalau boleh sentiasa lah bawa sebotol Vitamin C dalam handbag. Demam ke selsema ke, kencing kotor ke, apa ke (kalau sakit jantung tak boleh la makan vitamin C je, agak2 la kan... heheee) telan je Vitamin C. Makan 6 atau 8 jam sekali. Insha ALLAH, berkesan.

Kalau nak beli Nutriferon dengan Vitamin C boleh hubungi saya,

Telegram/ Whatsapp : 019-6671210

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...