Saturday, December 14, 2013

Simpul Mengkarung Semasa Hamil

Teringat saya masa mengandungkan Amirul dulu, boleh kata tiap2 hari saya kena simpul mengkarung ni atau bahasa mudah "cramp" pada belakang betis. Masha ALLAH, sakitnya tak tahu nak kata. 


TIPS yang saya amalkan masa tu, bangun tidur jangan menggeliat. Sebab urat kat belakang betis tak boleh tegang. Lagi satu kalau kena attack, jangan lawan dengan menegangkan kaki.
Memang hang cari nahas. Tahan sakit sambil urut bawah betis tu. 

SIMPUL MENGKARUNG
"Simpul Mengkarung" ini boleh terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan pada bila-bila masa. Ada juga yg terjadi ketika tidur. Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika. 



Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.



Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan.


Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Kekejangan turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Cara Untuk Mengatasi dan Melegakan Kekejangan

1) Bagi wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.
2) Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.
3) Wanita hamil juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
4) Pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
5) Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.
6) Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
7) Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.

Cara pencegahan:
1. Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
2. Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
3. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki

Info dari babycenter.co.uk

Your leg cramps may be happening because you have a shortage of nutrients and salts, such as calcium or magnesium, circulating in your blood. This shortage occurs because your baby is taking what she needs from your body's supplies and leaving you short. You could try taking a pregnancy supplement that contains magnesium.

" Kekejangan pada kaki mungkin disebabkan oleh kekurangan nutrien dan mineral seperti kalsium atau magnesium yang sepatutnya sentiasa berada di dalam peredaran darah. Kekurangan nutrisi ini terjadi disebabkan bayi mengambil segala bekalan dari tubuh ibu. Anda boleh cuba mengambil suplemen yang mengandungi magnesium. "

Di Shaklee, kami mempunyai produk kalsium yang di beri nama Ostematrix. Ostematrix Shaklee mengandungi KALSIUM, MAGNESIUM dan Vitamin D. Tahukah anda, kehadiran Vitamin D dalam pil kalsium akan meningkatkan lagi penyerapan kalsium dan magnesium?


Dapatkan Ostematrix Shaklee hari ini dengan menghubungi saya,

PM Admin Yati Omar di Facebook 
SMS/Whatsapp : 019-6671210

* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...