Tuesday, February 11, 2014

Kenapa Produk Shaklee tidak ada SIJIL HALAL JAKIM?

Kebelakangan ni sibuk di media online pasal isu produk2 MLM yang tiada sijil halal JAKIM dan SHAKLEE juga secara tak lansung terkena tempiasnya.

Tapi buat apa nak takut jika kita berada di pihak yang benar.
OK, tentang SIJIL HALAL JAKIM.

Kenapa Shaklee takde Sijil Halal JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) ?
Pertama sekali, fahami bagaimana JAKIM mengeluarkan sijil HALAL-nya. 
JAKIM hanya mengeluarkan sijil halal bagi produk yang dihasilkan di Malaysia. Ini kerana pihak JAKIM akan membuat lawatan ke premis di mana produk itu dihasilkan.

Kilang produk Shaklee tidak berada di Malaysia. Ia berada di USA. 
Oleh kerana itu, pihak yang bertanggungjawab yang telah mengeluarkan Sijil Halal bagi Shaklee ialah Islamic Services of America (I.S.A).

Ayat di bawah saya ambil dari website ISA,
Islamic Services of America (I.S.A.) is the only recognized Halal Certifier for all categories of consumables the world over.


SIJIL HALAL SHAKLEE yang TERKINI untuk 2014.
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS

Persoalan seterusnya, adakah ISA di iktiraf oleh JAKIM?
Mestilah di iktiraf. JAKIM telah mengiktirah ISA sejak tahun 1982 lagi. 

Boleh pergi ke LINK di bawah. Tengok di muka surat 19.
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf





Semoga selepas ini tidak ada lagi kekeliruan dan fitnah-memfitnah.
Memfitnah produk orang lain tidak halal semata-mata untuk melakukan jualan produk sendiri adalah cara berniaga paling keji.

Rezeki itu ALLAH SWT yang punya. Jika memang sudah tertulis rezeki kita, tidak ada sesiapa yang boleh mengambilnya dan begitu jua sebaliknya. 

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, boleh menghubungi saya :-)


-------------------------------------------
SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins
* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...