Wednesday, April 30, 2014

6 Makanan Punca Tumbuh Jerawat



Haa...  semalam dah share 7 makanan punca kulit jadi kusam kan, hari ni saya teruskan lagi dengan entri 6 makanan punca tumbuh jerawat.

Apa pun nak makan boleh tapi jangan berlebihan.

Sumber dari encik google :-)


Inilah dia 6 makanan penyebab jerawat.

1. Mee Segera
Mi segera boleh menyebabkan timbulnya jerawat kerana makanan ini mengandungi protein dan minyak yang tinggi. Kandungan inilah yang punca mi segera termasuk salah satu makanan penyebab jerawat . Jadi jika anda terpaksa mengambil mee segera, buang sahaja minyak nya.

2. Kacang
Semua jenis kacang termasuk pelbagai jenis makanan yang berasal dari kacang , seperti tahu dan tempe jika dimakan banyak boleh menyebabkan timbulnya jerawat . Jenis kacang tanahlah yang menduduki kedudukan tertinggi di antara jenis kacang-kacangan lain . Sebaiknya jauhilah kacang tanah ini.

3. Makanan bergoreng
Terutama jika digoreng dengan minyak kelapa sawit yang sudah digunakan berkali-kali . Minyak seperti ini banyak sekali mengandung kolesterol jahat . Elakkan.

4. Kelapa
Segala makanan yang asalnya dari kelapa , seperti makanan bersantan , berkelapa parut , dan inti kelapa itu sendiri . Kelapa ini mempunyai kandungan minyak dan lemak yang cukup tinggi , sehingga di beberapa negara kelapa ini dijadikan sebagai bahan pembuat minyak kelapa . Jangan makan setiap hari.

5. Makanan Berminyak atau Berlemak
Minyak dan lemak dalam jumlah yang cukup sedikit sangat diperlukan oleh tubuh kita , terutama untuk otak sebagai nutrisi untuk kelangsungan hidup dan fungsi sel-sel otak. Tapi jika diambil secara berlebihan, maka minyak dan lemak ini akan memudaratkan diri kita . Salah satunya boleh mengakibatkan gangguan kulit seperti jerawat .

6. Kuning Telur
Kuning telur mengandungi protein yang sangat tinggi . Sehingga disyorkan oleh doktor pakar pemakanan , agar jangan memakan telur lebih dari 2 biji setiap hari. Kerana cukup dengan 2 biji telur saja keperluan protein tubuh orang dewasa sudah dipenuhi.

OK. Itu saja. Nak makan boleh. Tapi mesti berpada-pada.

Inginkan kulit cantik, bebas jerawat?


-------------------------------------------------
SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins
------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...