Tuesday, April 29, 2014

7 Makanan Punca Kulit Jadi Kusam

punca kulit jadi gelap

Kulit kita bukan sekadar harus dijaga dan dibelai dari luar tetapi juga dari dalam. Ini kerana setiap apa yang masuk ke dalam, kesannya akan nampak di luar.
Jadi, pastikan anda tahu nutrisi yang kulit anda perlukan untuk membantu ia menjadi lebih sihat dan cantik. Namun, ketahui juga jenis-jenis makanan yang boleh memburukkan kesihatan kulit.

Berikut adalah 7 makanan yang perlu anda elakkan atau makan dengan berpada-pada jika ingin mempunyai kulit cantik dan sihat.

1 . Gula

Terlalu banyak gula tidak baik bagi kesihatan serta kulit anda . Terlalu banyak mengambil gula hanya akan menyebabkan kedutan pada usia awal . Kadar gula tinggi akan menjejaskan rangkaian kolagen , sehingga menyebabkan kulit semakin lemah , dan membuatnya lebih cepat berkedut .

2 . Garam

Mengambil garam secara berlebihan boleh merosakkan tekstur kulit . Cara terbaik adalah dengan mengelakkan makanan yang mempunyai jumlah tinggi garam di dalamnya .

3 . Alkohol

Para saintis mengatakan bahawa alkohol boleh menghalang rembesan hormon anti - diuretik yang menyebabkan tubuh dehidrasi . Ini juga menyebabkan vasodilatasi , yang menyebabkan tubuh kehilangan air melalui kulit .

4 . Minuman soda

Jika anda sering mengambil soda , ini boleh menjadi mimpi buruk untuk kulit anda . Kandungan kafein yang hadir dalam minuman soda menjadi penyebab utama untuk kedutan di usia awal .

5 . Daging merah

Pengambilan daging merah boleh menyebabkan reaksi keradangan pada tubuh . Radikal bebas yang dihasilkan oleh daging merah boleh mengalahkan jumlah anti - oksidan dalam tubuh sehingga menimbulkan kulit berminyak .

6 . Makanan yang diproses

Makanan tin yang diproses tidak baik untuk kulit . Makanan tin rendah kandungan serat dan berisiko meningkatkan kadar glycemic yang membuat kulit kelihatan kusam dan gelap .

7 . Kopi

Kafein merupakan perangsang yang dikenali boleh meningkatkan pengeluaran kortisol dalam tubuh . Kompaun ini meningkatkan proses penuaan dengan mempercepatkan penipisan kulit . Kopi boleh membuat kulit dehidrasi dan menyebabkan kedutan awal .


Inilah dia 7 jenis makanan dan minuman yang perlu anda hadkan pengambilannya agar tetap mempunyai kulit cerah dan sihat .

Inginkan kulit cerah, sihat dan cantik?


-------------------------------------------------
SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins
------------------------------------------

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...