Friday, April 4, 2014

Asid Folik Menghalang Kecacatan Tiub Neural (NTD)

Apa itu Kecacatan Tiub Neural atau dalam bahasa Inggerisnya , Neural Tube Defects?
2 jenis kecacatan tiub neural yang biasa terjadi ialah Spina Bifida dan Anencephaly



Otak dilindungi oleh tengkorak, manakala saraf tunjang dilindungi oleh tulang belakang.
Bagi pesakit NTD, terdapat ruang dalam tengkorak dan tulang belakang. Ini menyebabkan tisu otak dan saraf tunjang mengunjur keluar.


Spina Bifida

Spina Bifida boleh menyebabkan lumpuh seluruh badan kerana saraf tunjang mengandungi saraf yang mengawal pergerakan badan.

Manakala, Anencephaly ialah kes di mana pesakit lahir tanpa tempurung kepala. Untuk gambar, anda boleh google "Anencephaly". Tidak tergamak saya hendak meletakkan gambarnya di sini <sebak>.

Bagaimana kecacatan tiub neural (NTD) terjadi?



Gambar pertama (kiri, atas) ialah embrio pada 21 hari (3 minggu). Tapak neural sedang melipat dirinya untuk membentuk tiub. 

Gambar kedua (atas, tengah) menunjukkan proses penutupan tiub berlaku dari tengah. Perlahan-lahan tiub tersebut akan menutup hingga keseluruhan panjangnya.

Kecacatan tiub neural (NTD) terjadi apabila tapak neural tidak tertutup dengan sepenuhnya.

Asid Folik Mencegah Kecacatan Tiub Neural (NTD)

Wanita yang merancang untuk hamil dan sedang hamil dinasihatkan untuk mengambil 400microgram asid folik setiap hari.

Pernah tidak anda terfikir (bagi ibu2 yang pernah hamil), kenapa lazimnya doktor membekalkan asid folik semasa 12 minggu pertama kehamilan ?
Ini kerana 12 minggu pertama kehamilan ialah fasa di mana proses pembentukan otak dan saraf bayi berlaku dengan pesat. Proses penutupan tapak neural berlaku dalam 3-4 minggu yang pertama dan selepas itu proses perkembangan otak dan saraf menyusul.

Makanan berikut mengandungi 100–200 microgram folat (asid folik) bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Vitamin Musnah Pada Suhu Yang Tinggi

Lazimnya, kita akan memasak makanan hingga betul-betul masak. Akhirnya, hanya tinggal rasa sedap, tetapi zatnya musnah. Habis tu bagaimana?


PENYELESAIAN ?

Pengambilan suplemen tambahan bagi memastikan ibu hamil mendapat bekalan 400microgram asid folik setiap hari.

Suplemen Shaklee yang dicadangkan ialah B Complex dan Vita-Lea.
B Complex Shaklee mengandungi 200mikrogram asid folik, manakala Vita-Lea juga mengandungi 200microgram asid folik. 

Kombinasi B Complex dan Vita-Lea menghasilkan 400microgram asid folik.



Cara pengambilan : 1 biji B Complex dan 1 biji Vitalea setiap hari - selepas makan.

Keistimewaan B Complex Shaklee ialah ia lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B dan ia dihasilkan dengan Sistem Bioaktif Berpaten. KLIK SINI untuk mengetahuinya.

Untuk pengetahuan semua, Vita-Lea Shaklee ialah multivitamin yang didatangkan dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk ibu hamil kerana ia diperlukan semsa pembentukan hemoglobin dalam darah

Tunggu entri seterusnya untuk cerita tentang Zat Besi dan Hemoglobin :-)

B Complex = RM53.75 = 120 biji sebotol = tahan 4 bulan
Vita-Lea = RM88.75 sebotol = 120 biji sebotol = tahan 4 bulan

Untuk pesanan B Complex dan Vita-Lea, anda boleh menghubungi saya,
-----------------------------------------------
SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins

* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...