Saturday, April 5, 2014

Spina Bifida (Sumbing Tulang Belakang)

Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Definisi dalam bahasa inggeris bagi spina bifida ialah "spinal cord is not protected".

Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra (tulang belakang). Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna. 
Tapak Neural tidak tertutup rapat. Terdapat satu ruang yang akan menyebabkan Spina Bifida.

Jenis-jenis Spina Bifida
Terdapat 3 jenis Spina Bifida: 

i) Spina Bifida Okulta (tersembunyi) merupakan jenis yang paling biasa berlaku dan yang paling ringan. Dalam spina bifida okulta, terdapat jarakan kecil di antara vertebra pada tulang belakang. Kebanyakan orang yang mengalami spina bifida okulta mempunyai simptom-simptom yang ringan (tumbuh bulu, lekuk atau birthmark) atau tiada simptom langsung dan mereka juga tidak tahu mereka mengalaminya.


Spina Bifida Okulta
ii) Spina Bifida Meningosele (meningocele) kurang serius daripada meningomielosele dan merupakan jenis yang paling jarang berlaku. Dalam spina bifida jenis ini, satu sista menyelaputi membran yang boleh pecah dengan mudah.

ii) Spina Bifida Mielomeningosele (meningomielosele) adalah jenis yang paling serius. Bonjolan yang berupa pundi yang diselaputi kulit biasanya boleh dilihat di belakang badan. Pundi ini mengandungi tisu dan saraf. 

Saraf tunjang pula rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini biasanya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian-bahagian tertentu, bergantung kepada di mana pundi itu berada. Mereka juga mungkin tidak boleh berjalan atau mengawal kencing.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami spina bifida jenis ini juga mempunyai hidrocefalus, di mana cecair di sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Beberapa bahagian otak menjadi rosak sebelum bayi dilahirkan, lantas menghalang cecair tersebut daripada keluar dengan sempurna. Tekanan yang meningkat memampatkan lagi otak. Kanak-kanak yang menghidap hidrocefalus lazimnya mempunyai kepala yang sangat besar.

Spina Bifida Mielomeningosele

Rawatan bagi Spina Bifida

Bayi yang mengalami spina bifida yang teruk memerlukan pembedahan dalam masa dua hari selepas dilahirkan untuk membetulkan jarakan pada vertebra. Sesetengah doktor tidak menggunakan pembedahan tetapi membiarkan bahagian itu sembuh dengan sendiri. 

Sesetengah bayi pula berjaya dibedah semasa masih dalam rahim (uterus). Pembedahan seperti ini masih jarang dilakukan. 

Bayi yang mengalami hidrosefalus mungkin perlu dipasangkan tiub untuk mengeluarkan lebihan cecair daripada otak ke abdomen. 

Mencegah Spina Bifida


Pastikan anda mengambil 400 mikrogram asid folik, daripada masa anda mula mencuba untuk hamil hinggalah usia kehamilan tiga bulan


Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang mengambil asid folik lebih berkemungkinan melahirkan bayi dengan spina bifida, berbanding wanita yang mengambilnya pada jumlah yang disarankan.

Suplemen Shaklee Yang Mengandungi Asid Folik

Suplemen Shaklee yang dicadangkan ialah B Complex dan Vita-Lea.
B Complex Shaklee mengandungi 200mikrogram asid folik, manakala Vita-Lea juga mengandungi 200microgram asid folik. 

Kombinasi B Complex dan Vita-Lea menghasilkan 400microgram asid folik.



Cara pengambilan : 1 biji B Complex dan 1 biji Vitalea setiap hari - selepas makan.

Keistimewaan B Complex Shaklee ialah ia lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B dan ia dihasilkan dengan Sistem Bioaktif Berpaten

Untuk pengetahuan semua, Vita-Lea Shaklee ialah multivitamin yang didatangkan dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk ibu hamil kerana ia diperlukan semsa pembentukan hemoglobin dalam darah

Tunggu entri seterusnya untuk cerita tentang Zat Besi dan Hemoglobin :-)

B Complex = RM53.75 = 120 biji sebotol = tahan 4 bulan
Vita-Lea = RM88.75 sebotol = 120 biji sebotol = tahan 4 bulan

Untuk pesanan B Complex dan Vita-Lea, anda boleh menghubungi saya,




-----------------------------------------------
SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins

* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...