Tuesday, June 24, 2014

Seronoknya Menjadi WAHM (Work-At-Home-Mother) Sebab Tidak Perlu Pening Untuk Ambil Cuti Apabila Ingin Bercuti

Asyik bercerita tentang produk Shaklee, malam ni saya tukar angin. Terasa macam nak bercerita hati ke hati pula.

Minggu lepas saya ikut suami outstation. Hahaa.. weekdays tau. Suami ada training di Sheraton Imperial KL. Jadi kami anak beranak pun ikut lah. Dan suami suruh ikut, so kita ikut jelah kan .. hihii. Kalau dulu2 sure jadi satu masalah bila fikir bab nak kena ambil cuti kalau nak pegi berjalan. Cuti dah lah seciput zaman2 kerja dulu.. huhuhhh

Suami memang selalu outstation. Dan sebolehnya memang dia nak angkut je kami. Tapi kadang2 tu memang tak boleh ikut sebab anak sekolah kan.  Tapi mana yang boleh ikut tu, kami ikut jelah ... hehee

Jom layan gambar. Gambar bilik kami menginap je. 

Hall yang cukup luas. Ada sofa, meja kerja (tak masuk dalam gambar), TV, fridge, etc.
Dalam bilik air pun hotel sediakan air mineral .. hehee.. first time jumpa hotel buat macam ni.
Bath tub - tempat anak2 berkubang buat kuak lentang bagai.
Sedih sebab pool sumer for adult. Kids pool takde. Maybe sebab hotel is located in the middle of KL. So kebanyakan orang stay for business purpose dan tidak bawa family.
Meja kerja saya sepanjang berada di sana. Hall dan bedroom is separated.
Bathroom with tub and 2 showers.
Me selfie .. kikiki

Muat tido 4 beranak katil ni. Layannn ..
Sehari hotel bagi 6 botol air mineral. 4 kat hall + 2 kat bathroom .. hehee
Kami stay kat sini 2 hari 2 malam. OK lah kan percutian percuma... hihii.
Belah malamnya, kitorang pegi KLCC jelah. As usual kena pow dengan budak 2 orang tu untuk Spiderman dengan Play Doh.

Main Play Doh tahu jelah kan.. bersepah2 doh dia bila dah lama2 tu. Jadi kecik2 halus. Habis masuk celah2 karpet kat hall bilik tu. Pagi esoknya tengok macam stress je minah housekeeping tu dok cungkil dok yang terselit celah karpet ... kih kih

On Day 2 tu, petang kami dah check out. Terus shoot ke Cyberjaya. Husband tanya nak makan nasi arab tak? Saya kata nakkkk.. Selalu pegi restoran Saba. Tapi haritu saja nak tukar angin, pegi makan kedai lain. Hasilnya .. hahaa. Sampai ke hari ni saya kena ceri beri. Takdelah teruk sangat CB nya. Tapi time memulas tu. Mak aiii... merempit jugak lah ke Mr. J .... huhuh
Nasib baik ada Performance Drink. So CB saya agak terkawal.

Ada banyak lagi entri cuti-cuti Malaysia ni. Nanti saya share entri cuti2 free by Shaklee di Sunway Resort & Spa dan cuti cuti2 family day kat PD.

Till then .. byeee

Kalau nak order Shaklee, hubungi saya yer ;-)

----------------------------------------
SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins
------------------------------------------

* COD di sekitar Kota Warisan, Dengkil, Salak Tinggi dan kawasan sekitar. 
* Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui POSLAJU, GDEX dan CITY-LINK


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...