Monday, September 22, 2014

Jalan-Jalan Cuti Sekolah ke Penang - PART 1

Eh apa cerita ni? Selalu citer pasal Shaklee. Tup2 hari ni citer pasal jalan2 ke Penang plak.
Heheee.. takde apa. Sajer :-)

Mana lah tau kot korang nak pegi Penang, boleh lah ambik tips2 yang saya bakal share dalam entri ni nanti.

Plan asal nak bertolak pagi2 tapi biasalah ... hahaa.. end up pukul 11 baru bertolak. Perjalanan ke Penang smooth ajer. Siap bawak bekal dalam kereta. Siap dengan roti sapu butter and kaya, donut (homemade ni tau), pau goreng, nugget goreng. Semuanya 4 tupperware berisi makanan. Bukan apa, kang budak2 ni lapar senang kasi sumbat dengan makanan. 2 jam duduk dalam kete je pun dah nak licin sumer makanan. Huhuuee...tak snap plak gambar ek. Tula tak terpk plak nak buat travelog camni ... ahakss. Takpe2... next time kita snap sumer.

Pastu kat Tanjung Malim benti jap beli pau. Husband cakap pau tanjung malim sedap. Tapi dia suka pau kaya je ... hehee. Saya punye pau ayam. Best sket pedas. Tapi kalau anda tanya saya sedap tak pau Tanjung Malim. Hurmmm.. sebagai bukan peminat pau (hahaa), saya rasa sama je rasa dia dengan pau2 lain yang saya pernah makan. Tapi husband saya cakap sedap. So, kalau korang suka makan pau, boleh la benti kat perhentian tanjung malim. Ada banyak kedai jual pau kat situ.


Ini bukan pau Tanjung Malim yang saya beli yer. Ni gambar dari Google
Perjalanan diteruskan ke Penang. Kami tak lalu jambatan ke Pulau. Kami naik feri atas permintaan Amirul. 

Gambar dari Google.
Macam atas tula keadaan kereta dalam feri. In case korang tatau. Tapi ni bahagian bawah feri kot. Aritu kitorang punye kete dapat park bahagian atas feri. Belah atas kete ada 2 row je tak silap. Dapat tengok air laut kat bawah. Best2. Ini kali kedua saya naik feri sebenarnya. Kali pertama, 3 tahun lepas. 

Sampai je Penang (pulau), pegi makan dulu. Kami makan nasi kandar kat Nasi Kandar Beratur. Nampak gambar bawah ni punye panjang orang beratur. Tapi masa kitorang pegi, takde sape pun beratur. Hahaa... cepat je dapat makan. Saya makan nasi kandar special hari jumaat (tu mamak tu cakap lah nama dia). Rasa dia? Hurmm... biasa je kot. Hehee ..

Gambar dari Google
Dah setel makan sumer, baru kami gerak ke hotel. Kami tinggal kat Equatorial Penang. Equatorial ni hotel lama tapi dorang dah banyak renovate. So cantik jugak lah dalam dia. Boleh la. Komen tentang Equatorial - hotel ok, bilik ok, tapi choices of food masa sarapan limited sket kot. Lunch and dinner kami tak makan kat hotel. Kami keluar jalan2 so makan kat luar jelah.

Hari pertama sampai tu, budak2 just lepak2 mandi kat pool petang tu. 

Pic ihsan Google.
Kolam budak2 yang kecik belah kiri tu. Tapi anak2 saya sumer mandi kolam dewasa yang besar ni. Takdelah dalam sangat. Husband ada mandi dengan dorang. Saya? Seperti biasa saya hanya jadi penunggu selipar, towel, bag di tepi kolam sahaja. Hahaaa...

Malamnya kami keluar pegi makan. Makan kat mana ek malam tu? Lupa plak tapi sedap sangat. Makan seafood. Udang, sotong, ikan, ketam, entah apa lagi kami makan. Saya pun tak ingat dah. Yummeh ... 

Habis cerita Day 1.

Masuk cerita Day 2.

Kami pegi tengok akuarium, pegi muzium perang. Muzium perang ni sabar jelah. Nak ambil gambar guna hp sendiri pun kena bayar RM2 tau. Hahaa.. yang jual tiket tu tanya husband saya, mau bayar RM2 tak? Nanti boleh ambil gambar dengan handphone sendiri. Husband saya cakap : tak, takde nak ambik gambar. Hahaaa..

Ni bawah ni pic saya sendiri snap. Ni sebelum masuk dalam so boleh lah snap sekeping dua. Lepas je border check point tu ada orang jual tiket. So situ takleh ambik gambar dah kalau tanak bayar RM2 .. hahaa



Penat betol kat sini. Maklum lah nama pun muzium perang. Saya dgn anak2 jalan2 sket je. Suami yang pi masuk segala terowong. Takpelah, akak tak larat. Turun naik tangga. Lotih! Hehee...

Lepas tu kami pegi Rumah P Ramlee. Tapi tutup plak muzium dia. So kitorang dapat masuk rumah P Ramlee je. Best jugak.

Ni saya snap sendiri :-)
Apa ada dalam rumah ni? Ada kisah perjalanan awal P Ramlee. Siapa dia? Siapa mak ayah dia? Ada katil dia. Ada dapur dia. Best dapat tengok :-)

Lepas dah sudah tu kami pi makan cendol kat ada kedai cendol depan rumah P Ramlee ni. Boleh la rasa dia. Maklum lah tengah haus. Tapi takleh celen cendol pasar Pilah .. egegee.

Penat plak menaip dah haa.. esok kita sambung PART 2 plak ok. Cerita pegi Bukit Bendera. Ni best. Memang best. Nanti esok kita story ok.

Till then. Tataa...

Sebelum tu, pesanan dari pihak penaja. Bulan ni ada 2 promo by Shaklee yer.
- Mealshakes promo beli 3 free 1
- Kolagen promo beli 6 free 1

Untuk order, boleh PM saya :-)

Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...