Monday, November 3, 2014

Cara Membaca Bacaan Pada Ujian Kolesterol Anda

Kebiasaannya, semasa ujian kolesterol selain daripada mengukur jumlah kolesterol dalam darah anda, ada 3 lagi jenis kolesterol yang akan diukur.

Kolesterol LDL
Ini ialah "kolesterol jahat". Ia akan membina plak dalam salur darah dan meningkatkan risiko sakit jantung.
Bacaan yang baik ialah bawah dari 2.59mmol/L.

Kolesterol HDL
Ini ialah "kolesterol baik". Ia mengangkut kolesterol jahat dari darah ke dalam hati, di mana ia diproses dan dinyahkan dari tubuh.
Bacaan yang baik ialah atas 1.10mmol/L.

Trigliserida
Trigliserida. Satu lagi jenis lemak dalam aliran darah, trigliserida juga dikaitkan dengan penyakit jantung. Ia disimpan dalam sel-sel lemak di seluruh tubuh.
Bacaan yang baik ialah bawah dari 1.7mmol/L.

Kesemua ujian di atas ini hanya boleh dilakukan di dalam makmal kecuali ujian untuk jumlah kolesterol (Total Cholesterol) dalam darah ia boleh dilakukan dengan mengambil sedikit darah pada jari.

Gambarajah di bawah ialah contoh keputusan ujian kolesterol.


Apakah perkara yang paling ditakuti apabila mengidap kolesterol tinggi? 

Jawapannya ialah"Aterosklerosis". Aterosklerosis ialah satu gangguan di mana terjadinya pengerasan arteri (arteri ialah salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh). Arteri menjadi keras apabila terlalu banyak plak dari kolesterol LDL (kolesterol jahat) berkumpul pada dindingnya. Saintis mengeluarkan teori bahawa plak dari kolesterol LDL ini teroksida dan akhirnya mengeraskan dinding arteri. Plak ini juga menyebabkan dinding arteri menjadi sempit untuk laluan darah.

Penyakit Akibat Aterosklerosis

Aterosklerosis boleh menjejaskan mana-mana arteri dalam tubuh, termasuk arteri di jantung, otak, tangan, kaki, pinggul, dan buah pinggang. Akibatnya, penyakit yang berlainan boleh terjadi bergantung kepada arteri bahagian mana yang terlibat. Antara penyakit akibat aterosklerosis ialah sakit jantung koronori, penyakit arteri karotis, persisian penyakit vaskular dan penyakit ginjal kronik.


Sakit Jantung Koronori


Penyakit Arteri Karotis Mengakibatkan Stroke


Persisian Penyakit Vaskular - Kejang, Kebas, Semut-semutan 
di mana2 bahagian tubuh. Lazimnya kaki dan tangan



Penyakit Ginjal Kronik



Takut tak? Jangan ambil ringan masalah kolesterol tinggi yer kerana ia boleh menyebabkan
anda mengidap pelbagai penyakit lain yang berbahaya.

Cadangan suplemen untuk masalah kolesterol tinggi ialah OmegaGuard (Omega-3 Shaklee) 
dan Phytocol-ST.



Phytocol-ST mengandungi fitosterol yang bertindak menghalang asid lemak dari memasuk pembuluh darah.




OmegaGuard (Omega-3) bertindak menurunkan paras kolesterol jahat (LDL). Ada terdapat banyak bukti saintifik yang menyokong fakta ini. 
Testimoni OmegaGuard Turunkan Kolesterol Tinggi Mieza.


Untuk membeli OmegaGuard dan Phytocol Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk pembelian, ada PROMOSI OmegaGuard bulan November 2014 ni tau !

SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins


* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...