Thursday, April 16, 2015

11 Petua Dibuka Pintu Rezeki dari Irfan Khairi

Saya suka sangat dengan 11 Tips dari Irfan Khairi ni. Jadi saya share dekat sini supaya mudah saya nak rujuk di masa depan. 

Rezeki itu luas, dan untuk dimurahkan rezeki juga luas cara-caranya. 


1. Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.

2. Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T :)

3. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.

4. Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.

5. Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.

6. Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.

7. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.

8. Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.

9. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya.

10. Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.

11. Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.

Untuk pendaftaran ahli dan pembelian produk Shaklee,

SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins

* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...