Monday, April 27, 2015

18 PETUA Hilangkan Perut Buncit Selepas Bersalin

Melahirkan zuriat ialah rezeki untuk pasangan suami isteri. Tetapi apa yang paling merisaukan para ibu yang baru lepas bersalin, ialah perut buncit dan mengeleber!

Kesibukan menguruskan anak dan perlu kembali bekerja selepas pantang menyebabkan ibu moden terlupa dan mengabaikan bentuk badan mereka. 

Lagi-lagi kalau ada anak kecil, menguruskan makan, minum dan pakai suami. Itu belum masuk dengan hal rumah lagi macam membasuh pakaian, mengemas dan lain-lain.



Jom cuba petua ini

1. Daun jambu batu & Halia

Tumbuk halus beberapa helai daun jambu batu dan halia. Letakkan sedikit air dan kapur sirih. Gaul rata dan sapukan pada perut. Biarkan sehingga kering. Bagus jika diamalkan setiap malam.

2. Kunyit Hidup

Ambil 2cm kunyi hidup dan tumbuk hingga lumat. Ambil air pati kunyit tersebut dan campur dengan air pati sebiji limau nipis. Selawat sambil minum pada waktu pagi dan malam.

3. Limau Kasturi & Kapur

Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau dan gaul bersama kapur. Sapukan ke perut. Boleh diamalkan semasa berpantang sebelum memakai bengkung atau pada bila-bila masa.

4. Kapur sirih, minyak kayu putih &  air limau nipis

Satukan satu camca kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih dan satu camca besar air limau nipis sapukan pada perut selepas bersalin. Lakukan beberapa minggu. InsyaAllah perut kembali kempis dan kedutan juga hilang.

5. Buah Delima

Lima biji buah delima diambil isinya kemudian tumbuk hingga lumat. Masukkan ke dalam dua gelas air besar dan campurkan dengan sedikit garam. Minum setiap pagi selepas sarapan. Amalkan selama dua minggu setiap bulan.

6. Daun salam

Rebus 10 helai daun salam dalam air sebanyak dua gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan minum pagi dan malam setiap hari.

7. Air minuman, kapur & limau nipis

Bancuh segelas air dengan sedikit kapur. Perapkan air kapur sehingga mendap kapurnya ke bawah gelas. Ambil air jernih di sebelah atas dan perahkan sebiji limau nipis. Minum air tersebut pagi dan malam.

8. Teh, gula dan limau nipis

Bancuh secawan teh pekat. Campurkan dengan sedikit gula atau madu dan perahan sebiji limau nipis. Minum sementara masih suam.

9. Senaman

Angkat kaki sambil beraring dan tangan diletakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan setiap hari selama 20 minit.

10. Limau nipis, air asam jawa dan kapur

Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah selulit.

11. Cuka, garam dan kunyit

Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

12. Beras, cekur, gula merah, air asam jawa

Ambil sedikit beras dan kisar halus. Juga sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

13. Limau nipis, garam, lada hitam

Ambil Halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

14. Lengkuas

Ambil lengkuas Padi/Helang/ Ranting – iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

15. Asam jawa & jadam

Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

16. Halia & asam jawa

Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

17. Daun jambu & kapur sireh

Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

18. Lada hitam, ragi tapai, cuka & air asam jawa

Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemudian tumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian dibengkung kuat atau ketat.

Set Berpantang Shaklee Yang Awesome



TESTIMONI SET BERPANTANG >> KLIK SINI

Harga bagi Set Berpantang Premium ini RM479.75

Beli Set Berpantang Premium ini hari ini dan terus dapat,

[+] Keahlian Percuma
[+] Terus beli Set Berpantang Premium di atas dengan harga ahli

Sila hubungi saya untuk pendaftaran ahli dan pembelian produk Shaklee,

SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins

* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...