Sunday, April 26, 2015

5 CARA MUDAH Turunkan Berat Badan

Mengikut statistik, penduduk Malaysia adalah di kalangan yang paling ramai mempunyai masalah berat badan. Ada yang telah mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan; ada yang berjaya tetapi lebih ramai yang telah gagal.
Raya Dah Nak Dekat, Jom Kita Kurus
Di bawah ini saya kongsikan beberapa cara untuk menurunkan berat badan.

1. Jauhi makanan segera

Pertama sekali, kurangkan makan makanan ringan (fast food) atau junk food. Disebabkan terlalu sibuk bekerja dan tiada masa untuk masak, kita sering makan luar di restoran. Kualiti makanan yang rendah adalah faktor utama ramai di antara kita yang mempunyai berat berlebihan.
Oleh itu, langkah pertama yang anda harus lakukan adalah hentikan makan di luar terutamanya di restoran makanan segera yang sudah tentunya menghidangkan makanan yang tidak sihat.

2. Kurangkan gula

Kedua, cara mengurangkan berat badan yang amat penting ialah dengan mengurangkan pengambilan gula. kurangkan makanan dan minuman bergula. Pengambilan gula yang berlebihan turut menyumbang kepada kenaikan berat badan. Mulai hari ini, usah tambah gula atau susu ke dalam minuman.
Jika sebelum ini anda sering membancuh air teh susu, apa kata anda amalkan meminum teh o atau campur sedikit limau supaya ia jadi teh o limau. Limau memang dikenali sebagai ‘pemotong lemak’ dan seringkali diminum selepas makan bagi mengurangkan lemak.

3. Pastikan bersarapan pagi

Ketiga, cara untuk menurunkan berat badan secara konsisten ialah amalkan mengambil sarapan pagi yang berat. Namun, perlu mengikut kalori yang betul. Mengikut kajian pakar, sarapan adalah waktu kita sepatutnya makan dengan kuantiti paling banyak, diikuti makanan tengahari yang sederhana dan makan malam yang sedikit sahaja.
Anda boleh mula dengan memakan roti atau bijirin sebagai sarapan anda supaya perut anda akan penuh dan membuat anda tidak berasa terlalu lapar pada waktu tengah hari. Tidak salah untuk memakan nasi pada waktu tengah hari asalkan pada malam hari, anda makan sedikit sahaja, seperti beberapa potong buah supaya anda boleh tidur dengan perut yang terisi.

4. Pastikan selalu bersenam

Selain jaga kalori, bersenam adalah salah satu cara menurunkan berat badan dan terbukti berkesan. Setelah anda jaga tahap pemakanan anda, tiba masanya untuk menurunkan berat badan dengan lebih konsisten. Mula dengan bersenam ringan seperti jogging di waktu pagi atau pergi ke gym seminggu tiga kali untuk mengangkat berat dan membina otot anda. Otot yang terbina dapat membakar lemak secara pasif, walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti sekalipun.
Jika anda seorang yang suka menonton televisyen, selain dari hanya duduk sahaja dan menonton rancangan kegemaran anda; apa kata anda baring dan lakukan sedikit senaman untuk beberapa minit sehingga berpeluh. Disebabkan anda sedang ‘berehat’, anda tidak rasa seperti anda sedang memaksa badan anda untuk bekerja.

5. Cari partner

Selain bersenam dan jaga makan, ini cara menurunkan berat badan yang paling penting. Akhir sekali, pastikan anda mempunyai rakan yang mempunyai impian yang sama dengan anda iaitu bersama-sama berazam untuk menurunkan berat badan.
Dengan ada rakan baik ini, masing-masing akan saling membantu bagi mencapai cita-cita dan sekiranya salah seorang dari anda berasa tidak bermaya, pastikan anda berikan kata-kata perangsang bagi membakar semangat kembali dan kembali ke landasan yang betul.

Apa Produk Shaklee Yang Boleh Membantu Turunkan Berat Badan ?




Harga bagi setiap produk :
Cinch Shake Mix = RM183.38 , 765g tahan 2 minggu
Cinch Tea = RM138.86 , 28 stik , tahan 28 hari
Lecithin = RM55.65 , 180 biji , tahan 1 bulan
Herb Lax = RM55.65 , 120 biji tahan 2 bulan

Dapatkan diskaun hingga 20% hari ini dengan mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE. 
[+] Keahlian seumur hidup
[+] Tidak ada yuran tahunan
[+] Tidak perlu beli produk setiap bulan untuk "maintain" keahlian
[+] Dapat "cash back" jika cukup syarat

Sila hubungi saya untuk pendaftaran ahli dan pembelian produk Shaklee,

SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins

* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...