Friday, April 24, 2015

Makanan Tambah Darah Untuk Orang Anemia @ Kurang Darah

1. DAGING MERAH
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia. Tahukah anda bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan lebih mudah diserap berbanding sumber lain.

2. BROKOLI
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan kerana ia mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

3. PISANG
Pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil yang kurang darah. Ini kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.

4. KEKACANG
Kekacang boleh mencegah anemia. Ambil kekacang sebagai snek bagi menggantikan makanan ringan.

5. HATI AYAM
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak. 
* Tiba2 teringat pesan mak. Mak saya cakap arwah nenek saya dulu pesan, jangan bagi anak2 kecil makan hati ayam sebab nanti gelap hati, benak, susah nak menerima pelajaran. Fikir2 balik ada betulnya sebab hati kan tempat menapis segala toksin. Tubuh kita sendiri menolak toksin dan hati sebagai penapis. Jadi kenapa pula kita nak makan? Saya memang tak makan hati ayam dan semua anak2 saya memang saya tak pernah bagi makan hati. Tak kira lah hati ayam ke lembu ke. Banyak lagi benda lain boleh makan kan :-)

6. BAYAM
Untuk pengetahuan pengidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.

7. KERANG
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia.Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan  cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.

8. TELUR
Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Pengambilan kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah.
* Tapi kalau makan telur banyak sangat pun tak bagus juga nanti tinggi kolesterol .. hihii

9. OAT
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan beserta zat besi. Oat juga mudah dicerna dan boleh memberi rasa kenyang.

10. BUAH DELIMA
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

11. MADU
Pastikan anda mengambil madu di dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia.Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan.

12. KURMA
Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. 

13. KISMIS
Buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis. Kismis dapat membantu melawan anemia. Buat kismis sebagai snek harian dan didiklah anak-anak anda untuk memakan kismis sejak kecil.

Produk Shaklee Yang Boleh Membantu Tambah Darah


Harga bagi setiap produk :
B Complex = RM56.96 , 120 biji tahan 4 bulan
Vita-Lea = RM94.08 , 120 biji tahan 2 bulan
Vitamin C = RM98.05 , 180 biji tahan 6 bulan

Dapatkan diskaun hingga 20% hari ini dengan mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE. 
[+] Keahlian seumur hidup
[+] Tidak ada yuran tahunan
[+] Tidak perlu beli produk setiap bulan untuk "maintain" keahlian
[+] Dapat "cash back" jika cukup syarat

Sila hubungi saya untuk pendaftaran ahli dan pembelian produk Shaklee,

SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins

* COD bagi Kota Warisan, Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil, KLIA, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar
* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...