Wednesday, January 6, 2016

Macam Mana Nak Tahu Hotel Yang Di Pilih OK atau Tak OK

Tahun 2016 ni dalam kepala asyik fikir nak pergi berjalan (holiday) ajer.

Maka dengan itu terfikir untuk berkongsi tips memilih hotel atau tempat tinggal semasa pergi bercuti. Yelah kan, kadang2 tu indah khabar dari rupa ajer. 

Tengok iklan kat FB mak aii, bukan main cantik. Sampai2 je tempatnya rasa nak pengsan. Pernah terkena? 

Teruskan membaca entri saya.

Saya tak tahu orang lain tapi ini diri saya.
Saya adalah seorang yang cerewet bila masuk bab "tandas". Jadi tempat tinggal pilihan saya semasa pergi bercuti haruslah memiliki tandas yang bersih dan tidak geli geleman apabila saya menjejak kaki ke dalamnya .. hehee (poyo betul kan!)

Macam saya kalau pergi bercuti, kat bawah ni memang kriteria wajib mesti ada :
1) Pantai/ Laut
2) Swimming Pool
3) Bath Tub

Hahaa... semuanya mesti ada kena mengena dengan air. Kami sekeluarga sukakan air. Bercuti di tepi laut memang best. Masha ALLAH, bila tengok lautan luas tak bertepi tu kan, rasa lapang kepala. Terpana melihat ciptaan ALLAH SWT. Jika dunia secantik ini, agaknya bagaimana lah rupa syurga itu? 

Bercuti di Kota Kinabalu

Cerita Pulau Sapi ni tunggu entri lain yer. Entri kali ni nak bercerita tentang TRIPADVISOR. Rasanya semua orang pun tahu kot tapi saya PASTI ada jugak yang tak tahu. Apa ke benda lah tripadvisor ni.

Ini website nya >>  https://www.tripadvisor.com.my/

Yang best-nya tripadvisor ni ialah boleh baca review orang2 yang dah pergi ke tempat itu dan pada masa yang sama boleh tengok harga hotel tersebut sebab ada banyak website yang link terus dengan tripadvisor ni macam booking.com, agoda dan lain2.



Ada beribu hotel untuk setiap "SEARCH". Yang mahal, yang murah, hotel, motel, lodging, semua pun ada. Boleh filter ok.
Korang pandai2 la klik sana sini yer. Tak larat pun rasanya "ahkak" nak explain satu persatu function dalam tripadvisor ni.

Klik je nama2 hotel yang korang nak pegi, then boleh baca review. Siap boleh tengok gambar lagi ok. Gambar toilet sumer boleh tengok. Kadang tu siap yang ada snap pic lubang jamban pun hado. Opppsie.. tapi itulah hakikatnya. Review di sini semuanya JUJUR.

So far, tripadvisor memang tidak pernah mengecewakan. Saya memang akan baca sini dulu sebelum buat booking mana2 hotel.

Selamat Mencuba. Daaa..

Kalau nak beli produk Shaklee boleh cari saya yer. 

SMS/Whatsapp : 019-6671210
Fanpage : I Love Vitamins

* Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan POSLAJU, GDEX dan CITYLINK

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...